Tuesday, December 17, 2019

BUAH PINGGANG

Tanda masalah kerosakan buah pinggang.

-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
-Darah keluar bersama-sama air kencing.
-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
-Sakit belakang.
-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
-Bengkak pada pergelangan kaki.
-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.

Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan :

-Pemakanan seimbang.
-Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
-Berhenti merokok.
-Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
-Kekalkan berat badan seimbang.
-Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.

Credited to Page utm


Makanan Terbaik Untuk Pesakit Buah Pinggang Tahap 4.
Senarai makanan sakit pinggang pesakit tahap 4 ini bertujuan membantu anda mengurangkan simptom. Selain itu, membantu anda untuk dapatkan nutrisi yang cukup agar tak mengalami masalah tak cukup nutrisi. Berat badan juga dapat distabilkan.

1- PROTEIN
Pesakit CKD tahap 4, disarankan untjk mengambil 0.6 grams bagi setiap 1 kg berat badan. Katakan berat badan anda 75 kg, oleh itu protein yang hanya dibenarkan 45 grams (0.6 grams x 75 kg).
Separuh dari protein haruslah dari jenis yang mengandungi kesemua asid amino yang diperlukan. Lebih baik lagi jika skor PDCASS (Protein Digestibility Corrected Amino Asid Score) 1.0. Bermakna protein ini dapat diserap sepenuhnya.
Selebihnya anda boleh mengambil ayam, telur, ikan dan susu.

2- SODIUM
Jumlah sodium yang dibolehkan hanya 1000-4000 mg sehari. Ia bergantung pada keseimbangan cecair dan tekanan darah. Jumpa dengan doktor untuk jumlah yang betul.
Elakkan diri dari makanan yang diproses yang dibeli seperti sosej. Makanan dalam tin dan makanan segera juga tidak dibolehkan.
Ubat diet kepada ‘clean diet’. Lebih sihat dan baik untuk buah pinggang anda.

3- CAIRAN
Makanan pesakit buah pinggang tahap juga mestilah terkawal cairan yang diambil. Air yang terkumpul menyebabkan bengkak, nafas pendek, tekanan darah tinggi dan air kencing berkurangan.
Dapatkan berapa ml air yang dibolehkan. Ini tidak sama diantara satu pesakit dan pesakit lain.

4- POTASIUM
Hanya 2000 ke 3000 mg sehari jumlah potasium yang dibenarkan.
Berikut makanan yang perlu dikawal pengambilan oleh pesakit buah pinggang:
 • Avocado
 • Tembikai susu
 • Pisang 
 • Kentang
Kesemua jenis makanan di atas tinggi kandungan potasium.

5- FOSFORUS
Anda perlu mengehadkan fosforus dalam diet harian. Antara makanan yang tinggi fosforus adalah:
 • Keju
 • Aiskrim
 • Coklat
 • Kacang

Dapatkan maklumat sesuatu makanan sebelum anda makan. Boleh juga rujuk pakar nutrisi di hospital yang anda dapatkan rawatan.

Anda perlu kuat untuk terus melawan sakit ini. Pastikan anda mendapatkan kalori secukupnya bagi mengelakkan badan terus susut dan buah pinggang semakin lemah.

Berusahalah supaya buah pinggang tidak terus gagal berfungsi.
Cukupkanlah keperluan nutrisi penting dengan makanan-makanan yang baik untuk memperbaiki buah pinggang. Berikut adalah contoh makanan tersebut:
 • Kobis
 • Bunga Kobis
 • Bawang Putih
 • Telur Putih
 • Ikan
 • Minyak Zaiton

Sumber : web site sirap merah

Bagaimana AG Nutrition bantu pesakit buah pinggang?

AG Nutrition lengkap dengan nutrisi pemakanan yang membantu pesakit buah pinggang agar kekal bertenaga.
Antara bahan yang ada di dalam AGCera ini adalah Minyak Zaitun, Delima, Curcumin, Mixed Berries, Peach, Gynema,Ceramosides dan Sakura.

Bahan-bahan ini adalah bahan antioksida terbaik di dunia yang membantu membersihkan semula badan anda dari radikal bebas.

Ingin mencuba AGCERA?
📲WhatApps 60127551984

#AgentStokisDiperlukanSegera
#AGCeraJohor
#AGCeraMalaysia

No comments:

Post a Comment